DALAM KITAB BIDAYATUL HIDAYAH, MS 121, IMAM AL AL GHAZALI MENULIS, ERTINYA:
DAN MURID TIDAK BURUK SANGKA KEPADA GURUNYA PADA PERBUATAN2 YG ZAHIRNYA MUNKAR PADA PANDANGANNYA KERANA GURUNYA LEBIH MENGETAHUI RAHSIA2NYA. HENDAKLAH IA MENGINGATI UCAPAN NABI MUSA KEPADA NABI KHIDIR, “ADAKAH KAMU LUBANGI KAPAL ITU SUPAYA TENGGELAM PENUMPANGNYA? SESUNGGUHNYA KAMU TELAH LAKUKAN PERBUATAN YG AMAT BESAR SALAHNYA” DAN PELAJAR ITU HENDAKLAH MENGANGGAP DIA YG SILAP MEMPERTIKAIKAN HANYA KERANA BERPEGANG KEPADA ZAHIR SAJA. (INTAHA)
ADAB INI SEPATUTNYA DIAMALKAN OLEH SETIAP ORANG YG TIDAK ADA ILMU KEPADA SEMUA ULAMA, BUKAN KEPADA GURUNYA SAJA. KERANA MEMANG AMAT BIADAP SEORANG YG JAHIL MEMPERTIKAIKAN AMALAN ULAMA HANYA KERANA MENGANGGAP DIA PUN TAHU JUGA PADAHAL DIA TAK TAHU APA2 PUN SEBENARNYA.
ANTARA PERKARA YG MENZAHIRKAN KEBIADABAN ORANG JAHIL IALAH MEMPERTIKAIKAN CARA BERWUDUK OLEH SEBAHAGIAN ULAMA YANG MENCEDUK AIR DENGAN TANGAN DARI DALAM BEKAS KECIL YG TAK SAMPAI 2 KOLAH.
DULU, SEMASA SAYA BERUMUR BELASAN TAHUN, SAYA DENGAR SEORANG USTAZ BERKATA, KALAU KITA MANDI WAJIB DENGAN AIR DARI KOLAM/KOLAH, KEMUDIAN BILA AIR MULAI KURANG TAK CUKUP 2 KOLAH, KALAU MENITIK SETITIK AIR DARIPADA TUBUH KITA KE DALAM KOLAM/KOLAH ITU, MAKA SEMUA AIR YG DI DALAMNYA JADI MUSTAKMAL. INI AJARAN YG SALAH KERANA KECETEKAN ILMU SEORANG USTAZ.
SEBENARNYA SEKADAR MENCELUP TANGAN KE DALAM MANGKUK, BALDI YG KECIL BELUM MEMBUATKAN AIR DI DALAMNYA MENJADI MUSTAKMAL. BEGITU JUGA KALAU MENITIK KE DALAMNYA BEBERAPA TITIK AIR MUSTAKMAL, TIDAK JADI MUSTAKMAL AIR YG DI DALAMNYA.
KEFAHAMAN ORANG AWAM, KALAU DICELUP TANGAN KE DALAM AIR YG SEDIKIT, MAKA JADI MUSTAKMAL WALAUPUN TANPA NIAT APA2. PADAHAL YG MEMBUAT AIR JADI MUSTAKMAL KALAU MEMBASUH TANGAN DI DALAM AIR ITU SEMASA GILIRAN BASUH TANGAN KETIKA AMBIL WUDUK. KALAU CELUP TANGAN UNTUK CEDUK AIR SEMASA NAK BASUH MUKA, AIR TIDAK JADI MUSTAKMAL. KALAU AMBIL AIR UNTUK DISAPU KEPALA DAN BASUH KAKI PUN TAK JADI MUSTAKMAL.
AIR DALAM BEKAS, BALDI JADI MUSTAKMAL KALAU LEPAS NIAT MANDI WAJIB, KITA BASUH TANGAN KITA DI DALAM BEKAS TU. TAPI KALAU NIAT UNTUK MENCEDUK AIR DAN MEMBASUH TANGAN, SEMASA MANDI WAJIB ATAU WUDUK DI LUAR BEKAS AIR ITU, TAK JADI MUSTAKMAL. YG JADI MUSTAKMAL HANYA AIR YG MENITIK DARIPADA ANGGOTA BADAN JATUH KE BAWAH SELEPAS DIBASUH. KALAU SELEPAS NIAT WUDUK KITA MASUKKAN MUKA KE DALAM AIR DI DALAM BALDI, AIR ITU JADI MUSTAKMAL. KALAU KITA MASUKKAN TANGAN SELEPAS NIAT WUDUK, AIR TAK JADI MUSTAKMAL. KALAU MASUKKAN KAKI PUN TAK JADI MUSTAKMAL. AIR JADI MUSTAKMAL KALAU SELEPAS SAPU KEPALA KITA MASUKKAN KAKI KE DALAM AIR ITU.
AIR MUSTAKMAL YG MENITIK DARIPADA BADAN SEMASA WUDUK ATAU MANDI WAJIB, WALAUPUN IANYA MUSTAKMAL, NAMUN TIDAK MEMBUATKAN AIR LAIN JADI MUSTAKMAL. MAKA SEKIRANYA IA MENITIK WALAUPUN BANYAK SEKALIPUN, KE DALAM BALDI, AIR DI DALAM BALDI BELUM TENTU JADI MUSTAKMAL JUGA.
KENAPA BELUM TENTU JADI MUSTAKMAL?
AIR MUSTAKMAL BUKAN NAJIS, TETAPI DIHUKUM SEBAGAI AIR ASING YG SAMA STATUSNYA DENGAN AIR KELAPA, AIR LIMAU, ATAU AIR TEMBIKAI. OLEH KERANA ITU IA TIDAK MENAJISKAN AIR LAIN YG IA MENITIK KE DALAMNYA.
SEKIRANYA AIR TEMBIKAI YG SEDERHANA WARNA, RASA, ATAU BAUNYA MENITIK 2-3 TITIK KE DALAM BALDI, APAKAH AIR DALAM BALDI ITU AKAN BERUBAH? SUDAH PASTI TIDAK BERUBAH. SEKIRANYA 2-3 CAWAN AIR TEMBIKAI DIMASUKKAN KE DALAM BALDI, APAKAH AIR DALAM BALDI ITU AKAN BERUBAH? BELUM TENTU BERUBAH, PERLU DIPERIKSA DULU.
JADI BEGINILAH YG PERLU DILAKUKAN TERHADAP AIR MUSTAKMAL, BUKAN TERUS DIHUKUM JADI MUSTAKMAL AIR YG IA MENITIK KE DALAMNYA.
PERLU DIKETAHUI, AIR MUTLAK HANYA JADI MUSTAKMAL JIKA DIGUNAKAN UNTUK BERSUCI SAMADA WUDUK ATAU MANDI WAJIB, ATAU BASUH NAJIS. KALAU DICELUP UNTUK BASUH TANGAN SEBAB NAK MAKAN NASI, TIDAK JADI MUSTAKMAL.
DALIL AIR MUSTAKMAL BAGI MAZHAB IMAM SHAFIE, IALAH KERANA PARA SAHABAT TIDAK KITAR SEMULA AIR WUDUK YG TELAH MEREKA GUNAKAN. SEDANGKAN MEREKA SANGAT KURANG AIR.
JADI,
HUKUM FEKAH MEMPUNYAI HURAIAN YG TERPERINCI YG BUKAN SEMUA ORANG MENGETAHUINYA. KALAU TAK TAHU, ATAU TAHU SIKIT SAJA LEBIH BAIK DIAM SUPAYA TAK DAPAT DOSA.
‘ILMU YG SEDIKIT LEBIH BAHAYANYA DARIPADA TAK TAHU LANGSUNG.’ ORANG YANG TAK TAHU AKAN BERDIAM SEBAB MEMANG DIA TAK TAHU. TAPI ORANG YG ADA ILMU SEDIKIT NAK BERCAKAP JUGA, SEHINGGA BERLAKU BERBAGAI SALAH FAHAM.
RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT BERWUDUK DAN MANDI WAJIB DENGAN CARA MENCEDUK DENGAN TANGAN AIR YG DI DALAM BEKAS AIR, TIDAK MENGGUNAKAN GAYUNG SEPERTI KITA SEKARANG. SEBELUM MENCEDUK ITU SUNAT DIBASUH KEDUA2 BELAH TANGAN SUPAYA DIYAKINI IA TIDAK BERNAJIS.
والله أعلم بالصواب
KREDIT : FB AL FADHIL USTAZ AHMAD KAMAL BIN TAIB