POTENSI PELAJAR SELEPAS TAMAT PENGAJIAN
Pelajar–pelajar aliran tahfiz lepasan madrasah ini yang telah menghafal Al quran berpotensi untuk menyambung pelajaran mereka di madrasah ini atau di madrasah–madrasah yang lain di dalam aliran Ulum Islamiah untuk meningkatkan kemampuan mereka di dalam bidang agama.Mereka boleh menjadi guru tahfiz di madrasah tahfiz dan ,kelas-kelas alquran, jawatan imam di masjid dan surau juga boleh di tawarkan kepada mereka kerana kelebihan hafazan alquran yang mereka ada. Pelajar-pelajar lepasan pengajian ilmu islam dan bahasa arab adalah layak dipanggil ulama dan layak untuk menjadi guru di madrasah–madrasah, pusat-pusat pengajian, masjid–masjid, surau–surau dan kelas–kelas pengajian agama. Mereka juga layak menjadi tempat rujukkan masyarakat didalam bidang agama. Kepada mereka yang ingin mendalami ilmu, mereka boleh menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara seperti di Yaman, Indonesia, India, Pakistan dan sebagainya. Mereka juga adalah para dae`I yang menyebarkan agama ke seluruh alam. |